Maklumat Pusat Internet Kg.Terbok

~SELAMAT DATANG~
PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) Kg Terbok, Tumpat mengucapkan Selamat Datang dan Jutaan Terima Kasih kepada anda yang sudi melawat laman web kami.
PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Berhad dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 PUSAT EKONOMI DIGITAL untuk Fasa 1, 73 pusat untuk Fasa 2 dan yang paling terkini, sebanyak 31 pusat Pi1M fasa Felda telah diwujudkan diseluruh Malaysia bagi mendekatkan komuniti kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat menjadikan PUSAT EKONOMI DIGITAL Kg Terbok ini agar merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.
Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap PUSAT EKONOMI DIGITAL diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan iaitu isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.
Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan Pusat Internet 1Malaysia sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut:
* e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
* e-pembelajaran (e-Learning)
* Pengumpulan dan pertukaran maklumat
* Pusat Komunikasi
* Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
* Pusat peperiksaan dan persijilan
Objektif
1. Untuk merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dan luar bandar dalam pembangunan dan perkembangan teknologi maklumat terkini.
2. Mengadakan latihan dan bengkel untuk melahirkan masyarakat berilmu, berpengetahuan dan berdaya saing.
3. Memberi kemudahan akses internet secara kolektif.
4. Mewujudkan kelas latihan dan bengkel yang dinamik dan berkualiti
5. Menolong meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk tempatan.
PUSAT EKONOMI DIGITAL ini dibina untuk kegunaan semua peringkat umur tanpa mengira bangsa dan kaum. Secara tidak langsung, ia dapat membolehkan teknologi maklumat terkini dapat dirasai dan dicapai oleh semua lapisan masyarakat amnya.
Alamat Pusat Ekonomi Digital Kg.Terbok
PT560 A (Bawah) Kg.Terbak
16200 Tumpat
Kelantan.
No Tel:
016-993 8333 (Pengurus)
016-426 1991 (Pen. Pengurus)
Portal : terbok.pjk.my
Facebook : https://www.facebook.com/PusatEkonomiDigitalKgTerbok