Maklumat Setempat

Dirempuh sebelum perlawanan bola sepak
TUMPAT – Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta Proton Waja yang terbabas di Kilometer 17 Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bunohan, petang semalam.
Dalam kejadian jam 6.10 petang, mangsa, Mohd Sabri Awang, 28, sedang berbual bersama sekumpulan lelaki di luar pagar sekolah sebelum dirempuh kereta terbabit.
Akibat rempuhan itu mangsa merupakan pemain bola sepak Pasukan Bunohan FC tercampak masuk ke dalam pagar sekolah manakala tiga lagi yang berada bersama mangsa cedera.
Mangsa yang cedera adalah Ahmad Fairudzulqurnain Mohamed, 31, Muhamad Rizalman Mohd Noor, 25 dan
Mohd Yusoff Daud, 57 merupakan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Kemajuan Kampung Mukim Bunohan.
Mohd Yusof berkata, Mohd Sabri baru pulang membeli bola untuk perlawanan persahabat pasukannya dan pakir motosikalnya di hadapan pagar konkrit sekolah.
“Saya yang baru selesai menyerahkan bola pada pasukannya yang akan memulakan perlawanan persahabatan di padang sekolah keluar untuk melihat bola yang dibeli allahyarham.
” Masa saya sedang berbual dengan dia di luar pagar itu, tiba -tiba datang sebuah kereta merempuh mangsa yang masih di atas motosikal.
“Saya yang berada berhampiran mangsa mengelak namun terkena juga menyebabkan patah betis,” katanya.
Deretan motosikal sebanyak lapan buah termasuk motosikal mangsa turut dirempuh kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 38 tahun.
Ketua Polis Daerah Tumpat Supritendan Zaharudin Rasip mengesahkan kejadian kemalangan tersebut.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Program Klik Dengan Bijak di SMK Berangan, Tumpat, Kelantan dengan kerjasama PI1M Kg.Terbok, Pengkalan Kubur, Palekbang dan Belukar.



Program Klik Dengan Bijak di program “Pemakanan Sihat” di pengkalan kubor yang dirasmikan oleh Datuk Hj. Mohd Rosdi Ab.Aziz (Pemangku Ketua UMNO Tumpat).


